Pages

Wednesday, April 20, 2011

KERTAS KONSEP
MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE 37
TAHUN 2011 M / 1432 H

1.0 PERKARA

Kertas Konsep Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2011M/1432H.


2.0 TUJUAN

Kertas Konsep ini disediakan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2011M/1432H.


3.0 LATAR BELAKANG

Memenuhi kehendak KPM melalui Surat Sektor Pendidikan Islam, JPS(W)/SPI/153/05/06/01 Jld 9 (1)) bertarikh 5 Januari 2011 memaklumkan Taqwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan Tahun 2011M/1432H

4.0 TEMA

“Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang” (MTQ SS)
” Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji (Festival Nasyid)

5.0 HADAF / MATLAMAT

5.1 Memupuk minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dikalangan pelajar.

5.2 Meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab dan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Al-Quran.

5.3 Memperluaskan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum Pendidikan Islam khasnya yang berkaitan dengan Al-Quran.

5.4 Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah & menengah.

5.5 Menyediakan barisan pelapis ke tilawah, perujian dan pertandingan yang seumpamanya di peringkat dewasa

5.6 Mengukuhkan ukhuwah dan mahabbah berteraskan nilai-nilai Islam.




6.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA INDUK

(Rujuk Lampiran A)

6.1 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

(Rujuk Lampiran B)

6.2 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA KERJA

(Rujuk Lampiran C)

7.0 CADANGAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA

(Rujuk Lampiran D)

8.0 SASARAN PENYERTAAN

8.1 Pelajar - Pelajar Sekolah Rendah
8.2 Pelajar – Pelajar Sekolah Menengah

0 comments:

Post a Comment